Set Bestseller (Al-Fatihah, Al-Waqiah, 3 Qul)
Set Bestseller
Al Fatihah, Al Waqiah dan 3 Qul
Surah al-Fatihah adalah rangkuman keseluruhan kandungan Al-Quran. Tafsir bagi surah ini menggambarkan pemikiran seseorang terhadap kandungan Al-Quran.
Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi Surah al-Fatihah membawa kita memahami kerangka pemikiran al-Marhum Tuan Guru terhadap ayat-ayat suci Al-Quran dalam seluruh urusan hidup di dunia dan di Akhirat.
Surah yang kita baca hari ini, kita panggil Surah al-Fatihah. Selain daripada al-Fatihah, banyak nama lain. Ada nama al-Syafi, ada nama al-Kafi, ada bermacam-macam nama lagi. Itu orang panggil mengikut nama jolokan. Kerana terlalu sayangnya Allah Subhana wa Ta’ala pada kandungan dan maksud Surah al-Fatihah, maka diberi nama bermacam-macam mengikut aspek- aspek tertentu.
Yang kedua, disebut juga nama Ummul Kitab. Ummul Kitab maknanya ‘Emak bagi segala kitab’. Tidak kata ‘bapa kepada kitab’, tetapi panggil emak. Kerana manusia ini, kalau banding antara bapa dengan emak. Maka manusia sayang kepada emak lebih daripada sayang kepada bapa.
Selepas Surah al-Fatihah, Surah al-Nas, Surah al-Falaq dan Surah al-Ikhlas ialah trio surah yang dekat di hati orang Islam di Alam Melayu khususnya. Kita mengenal tiga surah ini sejak sedari kecil lagi dengan nama Tiga Qul. Dibaca hampir setiap hari tanpa memahami maksud setiap kalimah dan ayatnya ketika itu.
Huraian kembar Surah al-Nas iaitu Surah al-Falaq yang diturunkan bersama sekaligus akan melengkapkan lagi kefahaman kita terhadap dua surah yang digelar al-Mu'awwizatayn iaitu dua perlindungan. Meminta perlindungan daripada Allah daripada segala gangguan yang wujud di dunia ini sama ada daripada kalangan jin dan manusia.
Setiap deruan untaian kata-kata Tuan Guru menghuraikan surah-surah ini akan 'memanaskan' ruang fikiran kita sehingga dapat meruntuhkan pegangan lapuk yang sering disalahfahami selama ini. Kita menyangka dua surah ini hanyalah ayat-ayat jampi untuk menghalau hantu dan syaitan, sedangkan ia lebih dari itu.
Surah al-Ikhlas pula surah utama dalam memahami tentang ketuhanan dan aqidah Islam. Tuan Guru yang sentiasa teguh dan tegak membawa tema tauhid kepada Allah, menghembuskan butiran mutiara berharga bagi mempateri lebih kukuh pegangan tauhid pendengar dan pembaca.
Surah al-Fatihah adalah rangkuman keseluruhan kandungan Al-Quran. Tafsir bagi surah ini menggambarkan pemikiran seseorang terhadap kandungan Al-Quran.
Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi Surah al-Fatihah membawa kita memahami kerangka pemikiran al-Marhum Tuan Guru terhadap ayat-ayat suci Al-Quran dalam seluruh urusan hidup di dunia dan di Akhirat.
Tafsir ini membawa kita mengembara untuk memahami samudera kalimah- kalimah suci Al-Quran di dalam Surah Al-Fatihah. Menyelami makna hikmah terselindung di sebalik mutiara emas Kalam Ilahi. Daripada alunan bicara kuliah tafsir al-Marhum Tuan Guru, lautan ilmu beliau yang dalam.
Melalui kepetahan kata-kata, ilmu dan pengalaman yang padat al-Marhum Tuan Guru, kita akan mampu menerobos masuk ke dalam pati rahsia Surah Al-Fatihah, surah yang pertama.
Allah Taala bersifat tiga perkara. Rabb (pendidik), Malik (raja) & Ilah (tuhan). Ketiga-tiga itu kita minta digunakan sepenuhnya untuk melindungi kita daripada was-was & ragu-ragu.
Kalau ragu juga, maka kamu tidak mukmin, tidak muttaqin (orang bertaqwa) dan tidak ikhlas. Ketiga-tiga ini syarat bagi hendak masuk syurga akhirat kelak.
Allah minta kepada manusia supaya ikhlas beribadat dengan Dia. Kita kena merendah diri, kena tunjuk hina kepada Allah. Apa yang Dia suruh, kena buat.
Manusia ini hamba Allah Ta’ala. Bukan rakyat Tuhan, bukan kawan Tuhan, tetapi hamba Tuhan.
Kaedah hamba, kuli, buruh, mesti patuh pada kehendak Allah. Benda-benda dan perumpamaan begini kena benar-benar ingat hadirin semua.
Islam ajar kepada kita, bahawa kamu wahai manusia, takdir dan nasib kamu, Allah Ta’ala buat di atas dunia ini mempunyai banyak musuh.
Ada musuh yang nampak ditengok, kita panggil gajah, harimau, ular, lipan, kala jengking. Ini musuh yang dapat ditengok.
Satu lagi adalah musuh yang tidak nampak ditengok & ketua dia adalah syaitan. Syaitan, iblis dan hantu. Ini semua musuh kepada manusia yang Tuhan buat.
Akhirat kelak ada balasan baiknya untuk mana-mana orang melawan musuh-musuh yang tidak nampak ditengok, lawan syaitan yang duduk di luar daripada diri kita, lawan nafsu yang duduk dalam diri kita.
Kita lawan sungguh-sungguh serupa yang Nabi Muhammad ajar, kita boleh pahala. Pahala ini tidak laku di dunia, tetapi laku di akhirat.
Ikhlas asal maknanya ialah tapis. Apabila kita tapis air, tapis apa sahaja sekali pun, tujuannya hendak ambil yang jernih. Hendak buang segala sampah-sarap, hendak buang segala karat dan kotor, biar benda itu jernih.
Al-Quran ini ada satu surah, namanya surah al-Ikhlas. Bagaimana dibentuk peribadi manusia supaya benar-benar kerja buat manusia ini ikhlas kerana Allah. Biar benda ini, barang bertapis, bersih kerana Allah Ta’ala.
Seperti kita turun dari rumah pagi ini, mari mengaji. Bukan kerana benda lain tetapi kerana betul-betul nak rapatkan diri dengan Allah Ta’ala melalui pengajian Kalamullah, kitab Dia sendiri.
Bagaimana kita hendak masuk rapat dengan Tuhan, kalau kita sendiri tidak tahu pun benda apa yang Tuhan hendak dan benda apa yang Tuhan setuju.
SURAH AL WAQIAH
Surah al-Waqiah antara surah yang terkenal di alam Melayu. Ada yang membacanya setiap hari, ada yang membacanya setiap hari Jumaat atau sebelum tidur.
Surah ini padat dan sarat dengan perkara ghaib tentang Hari Kiamat, syurga dan neraka. Bermula dengan gegak gempita kejadian hari Kiamat di mana bumi akan di’khe-nyek’ (dihancurkan) dengan kemusnahan yang amat dahsyat. Diikuti pula nikmat syurga dan azab neraka yang tidak pernah dilihat oleh mata, terdengar oleh telinga, terlintas di hati dan terjangkau oleh akal manusia. Allah Subhanahu wa Ta’ala menggambarkannya dalam ayat-ayat yang pendek di dalam Surah al-Waqiah ini.
Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menghuraikan surah ini melalui ilmu Sastera Arab beliau yang mendalam. Beliau dapat menghuraikan ayat demi ayat dengan konotasi yang tepat pada demi ayat, kalimah demi kalimah.
Pasak demi pasak yang sentap dan padu, al-Marhum Tuan Guru ‘menjolok’ dan ‘mencucuk’ telinga para pendengar agar tersemat kemas dan ‘terikat mati’ di sanubari kalbu yang Muslim dan Mukmin. Melalui bicara mutiara hikmah Tuan Guru, kita telusuri samudera Kalam Ilahi dalam Surah al-Waqiah.